Pakatan Rakyat anjur bantahan anti-Gaddafi esok.
Pakatan Rakyat akan membuktikan soldariti bersama rakrat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman diluar kedutaan Libya di jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solah Jumaat esok.
Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kaki tangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.
Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu momorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.
"Kami bersependapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. sila layari http;//www.malaysiakini.com/news/156963
Pihak kerajaan dan juga pihak keselamatan diharap harus berwaspada, kerana disebalik apa yang akan mereka ini lakukan kita takut mungkin mereka ada stategi lain...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular