55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Najib Tidak Berlajar Dari Kesilapan!

Najib tidak belajar dari kesilapan! - PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya belajar dari sejarah Kelantan pada tahun 2003 apabila Datuk Ibrahim Ali dipecat dari jawatan Ketua Penaja Umno Bahagian Pasir Mas.
Najib Tidak belajar Dari Kesilapan! 
Menurut Presiden Perkasa itu, ketika itu Najib adalah Timbalan Presiden Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno. "Saya dahulu dipecat dari jawatan ketua penaja Pasir Mas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya tanding calon Bebas pada tahun 2004 menyebabkan Umno kalah dua kerusi kepada Pas Kelantan," katanya mengulas perletakkan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.

Katanya, Najib sepatutnya belajar dari sejarah pemecatan beliau itu apatah lagi BN Terengganu lebih dua kerusi dari Pas. :Sepatutnya Najib kena berhati-hati dan berhema dan tidak gopoh menyelesaikan masalah ini walaupun Ahmad Said berjanji dengan beliau untuk menjadi Menteri Besar untuk setahun sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya lagi, apatah lagi melibatkan Ahmad Said yang sudah jadi Menteri Besar. "Inilah akibatnya bila lupa sejarah dan tidak belajar dari kesilapan lalu," tegasnya.

Ibrahim menambah Ahmad Said meminta perletakkan jawatannya ditangguh sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya. "Tapi Najib tidak seteju, sepatutnya Najib patut timbangkan rayuan Ahmad Said dan buat keputusan yang mengembirakan semua pihak," katanya.

Katanya lagi, sekarang nasi sudah menjadi bubur dan keputusan  Ahmad Said itu  sudah tentu memecaahbelahkan perpaduan ahli Umno Terengganu _FMT  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E