Antara PPBM dan PPBMI

 Jakarta – Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) berharap anggota politik tertentu di Malaysia tidak mempergunakan isu etnik Bugis dalam kempen meraih sokongan atau undi menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-14.

Ketua Umum PPBMI Arwin Welhalmina berkata parti-parti politik tertentu di Malaysia harus sedar bahawa mempergunakan isu itu dalam kempen mereka hanya akan memberi kesan buruk kepada hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Harapan kami agar stigma negatif yang wujud susulan daripada insiden ucapan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad tempoh hari mengenai etnik Bugis tidak berulang lagi dalam usaha menjamin kelangsungan hubungan baik kedua-dua negara. “Elemen etnik tidak boleh dieksploitasi dalam mana-mana pentas politik,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di sini hari ini. PPBMI merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki 11 cawangan menghimpunkan sekitar 2,000 anggota dari kalangan orang muda etnik Bugis di seluruh Indonesia.

Dr Mahathir ketika berucap pada perhimpunan 14 Okt tahun lepas mengaitkan keturunan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai keturunan “lanun Bugis”. Arwin sebelum ini turut mendesak Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular