DAP Rangka Manifesto PRU-14


KUALA LUMPUR – Bekas Pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa manifesto gabungan pembangkang PKR bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dilancarkan pada Mac lalu adalah ‘manifesto DAP’ kerana dirangka oleh parti itu tanpa mengambil kira pandangan sekutunya yang lain.

Beliau yang tampil dalam sidang akhbar hari ini mengemukakan bukti dokumen ber­cetak manifesto yang dikatakan dihasilkan oleh DAP itu daripada seorang individu dipercayai ahli parti berkenaan dan mendapati kandungannya tidak berbeza dengan manifesto yang dibentangkan oleh gabungan itu. 

“Apabila saya mendapat dokumen ini, ia sama sahaja dengan manifesto gabungan pembangkang PKR. Saya tertanya-tanya adakah ini manifesto gabungan pembangkang PKR atau DAP?” soalnya. Beliau yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak tahu menahu mengenai manifesto yang dikeluarkan itu berikutan beliau dilihat teragak-agak apabila diminta me­ngulas mengenai janji-janji dalam manifesto berkenaan terutama cadangan menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Ini sekali gus membuktikan Dr. Mahathir diperalatkan untuk kepentingan DAP. Saya yakin manifesto ini tidak mengambil kira pandangan atau perancangan rapi daripada parti-parti gabu­ngan pembangkang lain. Sebaliknya manifesto lengkap disiapkan DAP kemudian menjadi manifesto gabungan itu,” katanya.

Beliau seterusnya mempertikaikan peranan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang PKR berikutan DAP dilihat paling dominan sehingga menghasilkan manifesto untuk gabungan itu. “Siapa DAP dalam gabungan itu? Adakah peranan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau menjadi alat untuk menentukan bahawa segala yang direncanakan DAP akan tercapai seterusnya beliau diperkudakan oleh DAP.

“Masyarakat khususnya Me­layu perlu berfikir adakah ini yang mereka mahu. Jika saya katakan ini tidak benar, saya berharap pihak bertanggungjawab tampil menafikan kenyataan ini kerana saya mempunyai bukti kukuh.” katanya. Beliau berjanji akan mengadakan beberapa lagi siri pembongkaran dan pendedahan mengenai muslihat DAP sepanjang kempen PRU-14




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular