Mahathir Ada Beranikah Sahut Seruan Pas Ini?

PAS meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan barisan kabinet yang sempurna terlebih dahulu, sebelum sesuatu tindakan drastik diambil termasuk siasatan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang siasatan dan tindakan terhadap mana-mana individu. "Namun perlu berlaku adil dan kita jangan membalas dendam terhadap sesuatu pihak sahaja.

"Kerajaan baru di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN) ini perlu disusun secara sempurna terlebih dahulu. Jangan tergopoh-gapah buat siasatan, pecat 'orang berkenaan', sedangkan kabinet belum dibentuk," katanya pada sidang media pada Majlis Jamuan Rakyat dewan undangan negeri (DUN) Demit, di Kota Bharu, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, PAS mengambil sikap tidak menuduh mana-mana pihak sehinggalah ia terbukti bersalah di mahkamah. "Namun, siasatan mestilah dibuat bukan zaman Najib sahaja, sebaliknya zaman Tun Dr Mahathir juga perlu dibuat seperti isu forex," katanya. 

Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam ucapannya berkata, tindakan anggota DUN BN yang lompat parti di Sabah dan Perak membuktikan parti itu tiada tunjang utama dan tidak istiqamah sebagaimana PAS.
"Fenomena yang berlaku itu boleh dijadikan pengajaran dan iktibar oleh PAS untuk terus kuat. "PAS pernah kalah dan disekat bantuan, namun kita tetap istiqamah dan tidak meninggalkan parti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular