Pasukan Keselamatan Kita Tidak Berkemampuan!!

Pasukan Keselamatan Kita Tidak Bekemampuan!!

Pasukan Keselamatan Kita Tidak Berkemampuan!!
  • Benarkah Pasukan Keselamatan Kita Tidak Berkemampuan? saya penulis blog K.B.E terpaksa membuat pertanyaan ini kepada semua pembaca.
Apa yang saya maksudkan disini, kerana sebuah portal tempatan telah menerbitkan sebuah artikel yang tiada nama penulis artikel tersebut. Penulis itu telah membuat andaiannya sendiri atau ianya dipengaruhi? Dalam tulisannya secara terang-terangan walaupun penulis tersebut berkias dengan bahasanya. Dalam pada masa yang sama penulis tersebut turut memberi pujian kepada pencerobah di Lahad Datu..jika dinilai secara halus erti dan maksud artikel itu!!

Diantara bicaranya, kononnya pengeboman yang dilakukan di lokasi berkenaan tidak seorang pun yang terbunuh. Katanya lagi jika diukur bilangan pasukan keselamatan terlalu ramai hanya berdepan dengan sebuah kumpulan yang jauh lebih kecil, kenapa tidak seorang pun yang terbunuh atau ditawan pada hari pertama Op Daulat?

Saya berpendapat, penulis tersebut seolah-olah ada talian perhubungan dengan penceroboh kerana dia mendakwa 13 penceroboh yang terkorban gambar diatas telah dibawa lari oleh rakan penceroboh yang terselamat dan siap mengurik sebuah lubang dan hanya sempat ditutp dengan papan sahaja.

Terang-terangan penulis tersebut memperkecilkan kemampuan pasukan keselamatan negara diantaranya lagi menyatakan pasukan keselamatan negara Malaysia seolah masih berhingusan untuk berdepan dengan penceroboh yang telah ada pengalaman dalam peperangan berpuloh tahun.

Tidak dinafikan tentera-tentera kita berusia muda dan masih belum pernah tembak orang sebagai yang didakwa oleh penulis portal tersebut, jadi andaian saya penceroboh di Lahad Datu rata-rata usia mereka lebih 50an kerana, penulis portal itu mengatakan penceroboh tersebut punya pengalaman berperang berpuloh tahun dinilaikan jika mereka menyertai usia 20an atau 30 kali dengan berpuloh tahun sebagai yang dimaksudkan oleh penulis itu.

Apa? sangap sangat penulis berkenaan? ingatnya perkara ini mudah untuk membersihkannya dalam masa yang singkat. Semoga tidaklah lagi saya berjumpa dengan artikel dimana-mana laman web mempertikaikan kemampuan pasukan keselamatan negara kita. Kerana ini bukanlah suatu tugas yang mudah hanya mencoret di atas kertas (atau menaip melalui komputer) dan terbitkan artikel.

Ingatlah pasukan keselamatan kita bersabung nyawa mempertahankan kedaulatan negara, tinggalkan keluarga, anak dan isteri, kita jangan sewenang-wenangnya memperlekehkan erti sebuah perjuangan demi kemakmuran kita semuanya, disini "apakah kita sedang berperang dengan hantu"? Buruk sangat tajuk artikel tersebut.   

Pssttt..dia ingat operasi ni mudah macam nak mopping lantai rumah dia je

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...