55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Anwar Ibrahim Meh Saman Akhbar Ni Pula

Anwar Ibrahim Meh Saman Akhbar Ni PULA
Portal Filipina, manilatimes.net memdedahkan pencerobohan tentera bersenjata 'Kesultanan Sulu' ke Lahad Datu bermula sejurus selepas perjanjian Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Ibrahim untuk memberi kuasa autonomi terhadap Sabah. 
 'Pencerobohan ini berlaku sejurus bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga de facto Pakatan Rakyat mencadangkan Sabah akan diberikan autonomi, lapor manilatimes,net dalam tajuk "afp mum over sultanetes sabah intrusion" pada 16 Februari 2013.

Portal manila itu memetik kata-kata Sultan Sulu dan Sabah, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, yang berkata bahawa Malaysia telah menduduki Sabah secara haram. "Sabah adalah masih harta dan warisan  kedaulatan Sultan Sulu  dan kesultanan diraja Sulu sehingga hari ini". katanya itu dalam laman web Kesultanan Hashimiah diraja Sulu, yang diakses pada http://www.royalsulu.com

Beliau berkata kesultanan Sulu menyokong 'Sabah' bebas dan merdeka yang akan berada dibawah pemerintahan kami dan pewaris kami mengikut undang-undang penggantian sultan Sabah' 

Anwar Ibrahim Meh Saman Akhbar Ni pula
Menurut laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog.com pada 12 Februari, Ketua umum PKR itu mengadakan berdailog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk 'Kembalikan Autonomi Sabah'

Selain Anwar, panelis lain yang menyertai forum itu adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jailani, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Pada 12 Februari juga satu kumpulan bersenjata dikesan menceroboh dan berpecah di beberapa lokasi di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad Bon di Felda Sahabat 17, Kampun Tanduo, Lahad Datu.

Kumpulan ini kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 14 Februari sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'. warga Filipina dari Selatan Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah.

Kumpulan yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu itu diketuai olah Azzimudie atau Aqbimuddin Kiram atau adik kepada Sultan Jamalul Kira III itu dilaporkan telah menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana mendakwa Sabah adalah milik mereka yang diambil oleh pihak British.

Pssttt..inilah muslihat yang Anwar lakukan demi inginkan kuasa.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E