55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Kalau Dah Gian Sangat Nak Jadi PM

Kalau Dah Gian Sangat Nak Jadi PM Hah Mari. Berani ke Anwar menyahut seruan agar beliau bertanding di Sabah pada PRU-13 ini? Kononnya dalam perancangan mereka Sabah adalah aset terbesar bagi Pakatan Haram mendapat tiket untuk bertahta di Putrajaya. Jadi apa ditunggu lagi sekarang sudah ada tawaran yang cukup besar dan buktikan bahawa Anwar boleh di terima oleh rakyat Sabah..
Kalau Dah Gian Jadi PM
Lahad Datu, 27 Mac Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada Pilihanraya Umum (PRU-13) akan datang.

Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo disini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional. "Jika mereka berani, bertandinglah disini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.

"Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang ubtuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak," katanya kepada Bernama disini hari ini.


Pada pilihanraya umum ke-12, Salleh menewaskan Dr Hasbullah Iman Chang @ Mohd Taha (PKR) dengan majoriti 9,792 undi. Salleh juga berkata rakyat Sabah kini semakin benci dengan pembangkang ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpinnya berhubung insiden pencerobohan pengganas militan dari Filipina. "Dari perjumpaan pelbagai lapisan masyarakat, mereka semakin membenci pembangkang kerana kenyataan itu.

"Rakyat juga mahukan pemimpin yang mementingkan keselamatan dan keamanan masyarakat dan bukannya pemimpin yang suka mempolitikkan sesuatu isu yang membabitkan nyawa dan menggugat ketenteraman awam," katanya.

Anggota Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR Tian Chua pada 14 Mac lepas didakwa di Mahkamah kerana menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyatan berhubung isu Lahad Datu. Empat kenyataan itu ialah serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan disebalik wayang permainan Umno, menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara menakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidan aman di Sabah.

Dan ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan pandangan rakyat Sabah, terutamanya dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Salleh juga berkata penjelasan termasuk aspek keselamatan kepada mereka yang terjejas dengan insiden itu telah diberikan oleh pihaknya menerusi pelbagai aktiviti bersama rakyat.

"Kita yakinkan kepada mereka bahawa tahap keselamatan berada diparas terbaik dan semakin pulih memandangkan pasukan keselamatan telah menumpaskan pengganas yang kini hanya tinggal saki-baki sahaja. Oleh itu pengundi tidak perlu takut dan bimbang," katanya.

Mengulas mengenai persipan kempen dan jentera pilihan raya bagi kawasan Parlimen Silam dan kawasan Dewan Undangan Negeri dibawahnya iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku yang semuanya demenangi BN. Salleh berkata pihaknya kini berada dalam tahap siap siaga dan hanya menunggu semboyan dibunyikan. Dalam pada itu, Salleh berkata beliau akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti sekiranya beliau tidak lagi terpilih sebagai calon untuk kawasan parlimen itu. sumber - Benama.         

Pssttt..itu Anwar Brahi ada berani ka ini cabaran chiiitttt..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E