291 Tinggalkan PKR

291 Tinggalkan PKR
Dah tarikh lupus
Rawang: seramai 291 orang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu Mereka meluahkan kekesalan apabila termakan janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Bekas ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, M.Peter, 40, berkata beliau kecewa dengan kepimpinana PKR yang didakwa lansung tidak turun menjenguk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memmerlukan bantuan juga tidak di indahkan.


"saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli lansung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok pendududk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita. Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Cahngkat Asa berkata beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya. "Saya hidup susah suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.

"Dalam perbualan kami tadi, mereka berkata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.

"Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang kami nampak," katanya. Beliau optimis lebih ramai lagi anggota pakatan pembangkang akan menyertai BN kerana semakin sedar akan kesungguhan parti kompenen itu membantu rakyat.

Pssstt..sayonara PKR...bye..bye tata titi tut..tut..!!   
 

3 ulasan:

  1. kesian...ANWARPHOBIA ker...

    BalasPadam
  2. aku tak kesah lah pasal anwar...apa nak taku kat anwar ni...dia ada ke tak ada no hal...aku masih boleh bernafas jgak.hu3...YG PENTINGNYA MUKA NAJISB ROSMAH TAK KELUAR DAH KAT TV3,ASTRO,RTM DLL LEPAS PRU13.... YEY3...BUAT MENYEMAK JER

    BalasPadam
  3. Mana tak phobianya KDN dah buat siasatan Diraja berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu..mungkin dia tidor tak lena sekarang ni

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...