DAP Akan Menerima Pembatalan Pendaftaran Buat Sementara Waktu

DAP Akan Menerima Pembatalan Pendaftaran Buat Sementara Waktu
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendesak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tibdakan tegas terhadap DAP kerana mendakwa seramai 753 ahli tidak diberi hak mengundi pada pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) parti itu Disember lalu.

"Kami mendesak pihak ROS untuk mengambil tindakan iaitu sama ada mengarah Setiausaha Agung DAP untuk adakan pemilihan semula atau batalkan pendaftara DAP sementara waktu," katanya di sidang akhbar.

Mengulas lanjut, Tunku Aziz berkata perkara ini harus dipandang serius kerana 753 undi tersebut sebenarnya mampu menentukan kemenangan calon ukan pilihan "Lim Dynasty". "Undi 753 orang ini merupakan jumlah undi yang "decisive" dimana mampu menentukan kemenangan calon diluar senarai khas Lim dynasty.

"Dan perkara inilah yang amat ditakuti oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng". katanya. Mengikut Tunku Nik Aziz sepatutnya 2,576 perwakilan DAP perlu hadir untuk memilih 20 anggota CEC pada persidangan itu tetapi malang sekali hanya 1,823 orang perwakilan yang diberi peluang untuk memilih.


"Mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1986, pihak ROS wajib membela nasib kumpulan monoriti yang tertindas apabila hak mereka megundi dalam pemilihan CEC dinafikan," katanya.

Dalam pemilihan CEC itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari pada mulanya mendapat 305 undi untuk menduduki tangga ke-39 dan gagal terpilih ke jawatan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun, pemimpin DAP kemudian mendakwa ada kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan megarahkan pengiraan semula undi. Berdasarkan keputusan yang dipinda, Zairil memperolehi 803 undi untuk melonjak naik tempat ke-20 serta dipilih menjadi wakil Melayu tunggal dalam CEC.

Dalam pada itu, Tunku Aziz berkata beliau tidak berminat untuk bertanding dibawah tiket Bebas pada pilihan raya umum akan datang. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai penasihat di Bank Negara berkata beliau bukan ahli politik sejati.

"Tidak, saya bukan ahli politik. Semasa menjadi ahli DAP, mereka sebenarnya berjanji mahu beri ruang kepada saya untuk menentang rasuah dan sebagainya sama ada di peringkat kerajaan mahu pun parti." katanya. Beliau mengambil keputusan keluar DAP tahun lalu apabila menyedari "tertipu" dengan hala tuju parti itu yang sebelum ini mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum.

Psssttt... pirahhhhh..jangan percaya DAPigs yang beradealogi komunis ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...