55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Panazzz..panazzz.. Nizar Jamaludin akan dilantik semula sebagai MB Perak

Pemimpin Melayu yang berada didalam parti DAP hanyalah di buat "sentel" atau "sogek" sahaja dimulut panglima perang DAP Lim Kit Siang. Sia-sia mereka menghambakan diri kepada DAP, tetapi tidak dinilaikan oleh pucuk pimpinan parti tersebut. Pemimpin-pemimpin Melayu yang berada dalam DAP bagaikan ayam tambatan, hanya kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.


Ipoh, 27 May - DAP Perak sedang meminggirkan pemimpin Melayu dalam parti itu dengan mengalihkan sokongan mereka kepada calon Pas, menurut seorang pemimpin MCA hari Khamis.


Timbalan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata Pengurusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausaha parti negeri Nga Kor Ming akan melakukan apa jua untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam parti itu.


"DAP Perak mengamal sikap khianat kerana mereka sudah menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


"Tindakan tidak munasabah itu membuktikan kedudukan pemimpin Melayu dalam DAP hanya sebagai hiasan luar sahaja," katanya dalam kenyataan disini Khamis.


pada Selasa lalu, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata mesyuarat jawatan eksekutif parti pusat bersetuju mengesahkan pendirian DAP Perak untuk menyokong perlantikan Mohammad Nizar sebagai menteri besar.-Bernama


Psssst.. sebab pengalaman yang lepas, Si Nizar ini adalah boneka kepada DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E