UMNO Kelantan Jangan Leka Dengan HasilKajian SOCMAT-Dali

PENGKALAN CHEPA, 20 Mei - Hasil kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan yang mendedahkan bahawa sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat merosot dan sokongan terhadap Pengerusi badan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustafa Mohamed meningkat tidak seharusnya membuat jentera Barisan Nasional (BN) negeri itu leka.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussein berkata berdasarkan pengamatan yang dibuat , memang jelas ketara bahawa sokongan terhadap Nik Aziz merosot. Ini katanya dapat dibuktikan apabila wujud penyokong tegar Pas sudah mula berani bersuara dan mempertikaikan kepimpinan Nik Aziz yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Sebagai contoh, rakyat mempersoalkan kewibawaan Nik Aziz menangani isu Bazar Tok Guru. Jika dahulu, semua yang dikatakan dan dilakukan oleh Nik Aziz, tiada yang berani menentang tetapi kini penyokongnya sendiri sudah mula goyah dan mempersoalkannya.

"Malah kini penyokong Pas sudah berani mendesak agar kepimpinan Pas mendengar suara mereka atau mereka akan keluar Pas. Rakyat sudah mula sedar bahawa Pas semakin tidak relevan didalam memperjuangkan agama dan hak rakyat," katanya kepada UMNO-Online disini.


Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa berkata, walaupun Pas cuba menafikan hasil kajian itu dengan menuduh ianya berat sebelah dan tidak telus, namun Pas harus menerima hakikat bahawa Pas sudah tidak kebal lagi seperti dulu.


Walaupu begitu beliau berharap agar UMNO di Kelantan khususnya jentera BN tidak leka dengan hasil kajian tersebut."UMNO harus terus bergerak ke akar umbi mendekati rakyat jangan leka.Teruskan bekerja seperti biasa malah lipat gandakan usaha. Rakyat sekarang sudah semakin matang dan tahu menilai tentang sesuatu perkara.


"Kita harus terus buktikan walau apapun yang terjadi,UMNO akan tetap terus memperjuangkan nasib rakyat kerana agenda kita adalah mendahulukan rakyat. Suara rakyat sentiasa kita dengar," ujarnya.


Beliau mengulas, apa yang penting kita adalah terus berusaha untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-13) yang tidak lama lagi. Tegas beliau keputusan semasa Pilihan Raya umum akan datang adalah jawapan sebenar kepada suara rakyat di Kelantan.


Semalam, kajian yang dibuat oleh Social Matrix Reseach (SOCMAT) mendedah kan bahawa penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Nik Aziz menurun kepada 48.3 peratus berbanding pada tahun 2006 iaitu 76 peratus.


Penerimaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mustafa Mohamed pula meningkat daripada enam peratus pada tahun 2006 kepada 31.4 peratus. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular