UMNO Janji Serah Tanah Dirampas Kepada Rakyat

KOTA BHARU, 30 April - UMNO dilihat sebagai pejuang rakyat kini setelah Kerajaan Pas Kelantan hanya meramapas tanah daripada orang miskin. Sudah banyak penindasan berlaku, selain ladang rakyat, isu membekalkan air dan bazar Tok Guru.

UMNO Kelantan berjanji akan menyerahkan semula tanah yang diambil daripada rakyat oleh Kerajaan Pas Kelantan yang telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustafa Mohamed berkata jika Barisan Nasional BN berjaya menerajui Kelantan pada pilihanraya umum ke-13, Umno Kelantan akan mengambil semula tanah yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat terbabit dalam projek ladang rakyat itu."Kita sudah dengar rintihan rakyat dipendalaman yang mendakwa tanah mereka usahakan dengan tanaman selama berpuluh tahun dirampas dan diambil oleh kerajaan negeri tanpa perundingan.

"Jika dipilih rakyat terajui kelantan, ambo janji akan ambil tanah ladang rakyat dan serahkan semula kepada rakyat yang hilang tanah mereka," katanya semasa melancarkan gelombang merah Penerangan UMNO negeri  Kelentan disini, hari ini. Isu ladang rakyat menjadi kemarahan rakyat Kelantan dan orang Asliberikutan tanah mereka dirampas di Hulu Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menafikannya kerana ianya adalah tanah kerajaan negeri.

Terdapat tanah yang dimajukan projek ladang rakyat itu telah diserahkan kepada syarikat-syarikat luar sehingga timbul masalah alam sekitar seperti pencemaran air sungai dan kawasan dan tanah rakyat diambil. Pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Baltim menfailkan permohonan kepada mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya menghalang kerajaan Pas daripada meluluskan tanah di Pos Belatim. Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

Mustafa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sehingga kini kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal menjelaskan pemberian tanah kepada syarikat-syarikat daripada luar untuk ladang rakyat.

Beliau berkata, lebih dikesali syarikat-syarikat yang menerima projek itu bukanlah syarikat anak tempatan Kelantan sebaliknya ia diberikan kepada syarikat luar negeri.

"Sudahlah tanah rakyat dirampas, tanah diberikan kepada syarikat luar dan tiada anak syarikat orang Kelantan. Apalah motif kerajaan negeri berbuat demikian kalau hendak bantu rakyat negeri ini, katanya. Beliau berkata masih banyak lagi isu perlu diperjelaskan didalam intipati gelombang merah termasuk isu pengagihan air dinegeri itu dan nasib peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru.-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular