55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Slogan "Dap Ganti Pas" lebih tepat Buktikan KegagalanPas Dalam Pakatan

PASIR PUTEH, 6 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Hishamuddin Hussein berkata Pas terbukti tidak mampu mewakili suara atau mendapat sokongan orang Melayu kerana gagal untuk mendapat satu kerusi pun pada pilihan raya negeri Sarawak yang baru lalu.

Jesteru tegasnya slogan yang dilancarkan Pas iaitu "Pas Ganti UMNO" nyata tidak berasas malah apa yang jelas slogan "Dap Ganti Pas" lebih tepat kerana jelas orang Melayu tidak mendapat manfaat dalam pembangkang.
"Jelas ia tidak mampu membawa Pas pergi lebih jauh atau menjadi wadah kepada perjuangan orang Melayu dan buktinya mereka kalah disemua kerusi di Sarawak.

"Sokongan rakyat terutama golongan muda terhadap Pas  sudah merudum yang berpendapat tidak memberi erti lagi untuk mereka menyokong Pas," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh Ke-17 disini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa memilih parti pada mana-mana pilihan raya bukanlah merupakan satu eksperimen seperti berlaku di beberapa negara bergolak kerana memilih parti yang tidak mampu membawa kemakmuran kepada rakyatnya.

Sambil merujuk gabungan pembangkang di Sarawak ketika ini, Hishamuddin berkata rakyat boleh melihat dengan jelas kerapuhan kepada gabungan itu yang kini berebut jawatan sesama mereka.

Mengulas senario politik di Kelantan, Menteri Dalam Negeri itu berkata program Gelombang Merah yang dilancarkan UMNO Kelantan sebelum ini menunjukkan sokongan  rakyat terhadap UMNO begitu meningkat terutama sokongan golongan muda.

"Di (pilihan raya kecil) Manik Urai dan Galas di Kelantan kita lihat sokongan muda jelas kelihatan dan kini melalui Gelombang Merah, saya gembira sokongan terus meningkat lagi. "Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat perubahan terhadap banyak perkara juga sebagai jelas asas sokongan rakyatyang semakin memihak kepada UMNO dan saya yakin Kelantan mampu berubah," katanya.

Beliau juga gembira apabila perpaduan parti di setiap bahagian di negara ini semakin baik dan ia boleh dijadikan penanda aras untuk diadakan pilihan raya umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E