55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Anwar Peralatkan Pas Jadi Berus Sapu "Najis", Cuci Segala Dosa

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memperalatkan sekutu nya terutama Pas untuk mencuci segala "najis" yang terpalit pada diri beliau dalam usaha memastikan legasi politiknya terus subur.


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seharusnya mengelakkan daripada menjadi "berus" kapada Anwar yang kini tersepit dengan pelbagai skandal yang melingkari Ketua Pembangkang berkenaan.


Menurut beliau Hadi perlu berhati-hati dan tidak terus menjadi bahan pencuci kepada Anwar kerana di kotori "najis" yang terpalit ke badan Anwar hari ini akan melekat ke badan Pas yang akhirnya merugikan parti itu sendiri.


"Saya ingin nasihatkan kepada Hadi agar tengok-tengokkan perkara ini kerana saya melihat Anwar semakin rakus memperalatkan Pas dalam usaha menyuci kan dirinya sebagai pemimpin yang bersih dan Islamik.


"Anwar yang saya kenal dulu masih tidak berubah dan kepada rakan-rakan di dalam Pas, jangan terheret dengan mainan politik Anwar kerana saya sendiri pernah manjadi mangsa kepada beliau yang cukup hebat memperalatkan orang lain untuk kepentingan politiknya," katanya kepda UMNO-Online.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindak tanduk Anwar yang seolah-olah mempergunakan Pas untuk membersihkan imejnya yang tercalar teruk setelah terlibat dalam pelbagai skandal termasuk yang terbaru dikaitkan dengan video seks.


Fairus seterusnya menambah, tekanan yang dihadapi oleh Anwar hari ini cukup hebat setelah Datuk Shazryl Eskay Abdullah malakukankan sumpah laknat didalam masjid baru-baru ini berhubung video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang terbabit.


"Apa lagi yang Anwar mahu guna...hujah dan retorik makin ditolak rakyatdan kesangsian terhadap ketua Umum PKR itu semakin meningkat.Oleh jalan yang terbaik ialah memperkudakan Pas moga-moga segal "dosanya" dapat menutp mata rakyat.


"Namun beliau mungkin lupa tidak sedar, kita manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya. Saya penuh yakin kebenaran akan timbul suatu hari nanti dan rakyat akan melihat dengan jelas siapakah Anwar yang sebenar.


"Hari ini pun sudah nampak bayang-bayang siapakah Anwar yang sebenar mungkin berkat solat hajatoleh pembangkang dan kita tunggu dan lihat episod seterusnya," kata beliau.-UMNO-Online


Oleh: Tg Azman Tg Abas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E