55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Dedah segera demi kredibiiti polis

Saya bersetuju dan menyokong penuh dengan cadangan yang diberikan oleh Datuk Zaid Ibrahim berkenaan keputusan siasatan polis sudah mengetahui identiti sipelaku dalam video seks tersebut.

Agak menghairankan kenapa keputusan sudah diketahui, tetapi pihak polis masih lagi tidak umumkan kepada umum. Selagi perkara ini masih disembunyikan dan mengambil masa untuk di umum kan, berbagai-bagai tomahan masyarakat terhadap penyebaran video seks yang dikatakan mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan pihak polis juga akan dipertikan dalam hal ini, kerana kes ini sudah menjadi satu isu yang panas. Apakah pihak polis tidak ada kuasa untuk berbuat demikian?

KUALA LIMPUR 17 Mei - Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.


Kutua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain "tarik tali" memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional


Apa lagi polis nak tunggu? siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakat antarabangsa, dedahkan siapa pelakunya. Rakyat bukan sekadar hendak tahu ketulenan video itu tapi lebih penting siapa pelakunya.


"Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak tarian orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana lagi yang hendak diharapkan. Ini bukan satu soal ada keperluan perundangan atau pun tidak.


"Seseorang sudah dikaitkan dan saya menonton juga yakin tetapi pemimpin tersebut menafikan.Jadi penting polis sahkan siapa pelaku agar kekeliruan ini agar ditamatkan," katanya di hubungi Utusan Malaysia disini hari ini.


Beliau mengulas keengganan polis mendedahkan identiti pelaku dalam video seks meskipun pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.


Dalam pada itu, Zaid yang juga pengamal undang-undang berkata. Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didakwa kerana membuat laporan palsu jika terbukti pelaku dalam video seks tersebut adalah dirinya.


"Sudah tentu Anwar boleh didakwa, tiada sebarang keraguan mengenai peruntukan undang-undang untuk pendakwaan tersebut jika terbukti dia membuat laporan palsu. Sebab itulah pentingnya identiti pelaku didedahkan. 


"Jika benar lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar, dia harus didakwa atas kesalahan membuat laporan palsu. Semua pihak tidak boleh dwi standard dalam hal ini kerana jika kita menghormati nilai perundangan, pendakwaan perlu dibuat," katanya - Utusan Malaysia Online

2 ulasan:

  1. Bukan saja Anwar membuat laporan palsu, Anwar turut menyerang, menghina dan menuduh polis bersekongkol dgn membenarkan video sex beliau dinaikmuat didlm portal2.
    Pihak berkuasa ugama Islam Jakim dll.Kalau berjudi diGenting kena dakwa, minum arak dikhlayak awam kena dakawa, tak puasa kena dakwa, berkhalwat kena dakwa
    dan berzina (ada video lagi) sedangkan kes liwat tak selesai TAK BUAT APA2 KE?. Oh ya! kena tunggu keputusan polis. Dgn itu polis bolihlah beritahu siapa dia dlm video itu.
    Malaysia akan jadi negara TIDUR jika pegawai2 kerajaannya inefficient and uneffective. Tak proaktif lansung.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Ayah Man kerana sudi memberi komen di ruang ini, entahlah saya akui, saya tidak faham peraturan undang-undang dalam setiap kes ada kanun-kanun tertentu.

    Berbeza pula dengan sesetengah kes yang belaku laju je pulak polis keluarkan saman..hihihi.. peninglah saya pikirkan nya.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E