Apabila Nik Aziz Bersuara

Mursyidul Am Pas Nik Aziz yakin Anwar Ibrahimdiperangkap dan diperalatkan lagi oleh UMNO dengan tersebarnya video seks di internet. Malah beliau turut memperlekehkan sumpah laknat yang dilakukan Datuk Eskay dan menganggapnya sebagai tida kena.

Pendapat beliau turut di sokong oleh Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes beranggapan Datuk Eskay perlu mengemukakan empat saksi adil, tidak fasiq dan tidakpernah melakukan perbuatan terkutuk. Nik Aziz berkata gambaran pelaku seks berkenaan amat meragukan apabila wajah individu tersebut tidak difokaskan dengan jelas

'Kalau betul mahu kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya' dengan nada tegas  sewaktu mengadakan ceramah di kampung Parang Puting, Kota Bharu.. Mursyidul Am Pas terkilan dengan sikap segelintir orang Melayu dan blogger pro kerajaan yang sanggup memburukkan Anwar Ibrahim tetapi tidak kepada pemimpin utama MCA. Beliau bagaimanapun tidak mengulas tindakan bersumpah yang dibuat Datuk Shazryl.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular