55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

ADUN dakwa peruntukan kerajaan DAP tidak adil

GEORGETOWN: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisa Nasional (BN) semalam mendakwa kerajaan negeri tidak adil dalam pembahagian peruntukan untuk sekolah di negeri ini.

ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed mendakwa, sekolah rakyat hanya menerima peruntukan RM1.8 juta tahun lalu. Beliau berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850.000).

                                                                                 "Saya lihat peruntukan yang disediakan tidak adil," katanya ketika membahaskan  usul ucapan terima kasih di atas ucapan yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.


Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri hanya menambah RM50 sebulan dalam pemberian elaun untuk guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (kafa)


"Sebaliknya, kerajaan pusat memberikan sebanyak RM800 sebulan," katanya.


Jasmin juga membangkitkan isu 60 lawatan ke luar negara yang membabitkan kos hampir RM560.000 oleh kerajaan negeri tahun lalu. Daripada jumlah itu, katanya, sembilan lawatan dilakukan Ketua Menteri dengan kos kira-kira RM58.000 dan Timbalan Ketua Menteri 1 mengadakan lawatan sebanyak tujuh kali (kos kira-kira RM56.000). Manakala Timbalan Ketua Menteri ll melawat keluar negara sekali, tetapi lawatan itu ditaja oleh Invest Penang.


Beliau berkata, antara negara yang dilawati ialah Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Pakistan, Amerika Syarikat dan Indonesia.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E