55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Awas Agenda Tersepit Anwar Untuk Tagih Simpati Rakyat








KUALA LUMPUR 10 Mei - Semua pihak khususnya rakyat dimintar agar berhati-hati dengan agenda terdesak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mencipta pelbagai skrip termasuk cerita seram dan menakutkan dalam usaha mengalih tumpuan terhadap isu yang melekat pada badannya.


Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata cerita karut-marut yang akan dipertontonkan dan didendangkan selepas ini tidak lain hanya dengan tujuan untuk mengalih tumpuan rakyat agar simpati dengan beliau.


Menurut beliau pengalaman berada bersama dengan Anwar sebelum ini memberi kelebihan terhadapnya untuk berkongsi dengan rakyat karakter Ketua Umum PKR itu yang akan menggunakan apa juayang boleh menyelamatkan karier politiknya.
                                                        
"Lagipun bukankah tarikh 16 Mei ini merupakan keputusan mahkamah dalam perbicaraan dakwaan yang membabitkan kes liwat.Tarikh berkenaan cukup penting bagi dirinya dan kerana itu Anwar guna strategi awal untuk tagih belas ihsan umum.


"Tidak pelik dan tidak mustahil...saya dah cukup masak perangai dan tingkah laku Anwar. Dia tidak boleh bohongi saya. Itu tidak mustahil bagi saya," katanya kepada UMNO-Oline.


Beliau seterusnya menambah, Anwar makin hari makin celaru dan keadaan itu menyababkan emosinya mungkin sedikit terganggu dan sebab itulah pelbagai ungkapan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin sudah mula menjadi kebiasaan bagi Ketua Pembangkang berkenaan.


"Kecaman dan cercaan terhadap pihak tertentu khususnya kepimpinan kerajaan nampaknya sudah menjadi kelaziman dan terbaru gelaran "pandikutti" atau anak babi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyerlahkan bagaimana keadaan dirinya yang cukup tertekan hingga beliau tidak mampu lagi mengawal emosinya.


"Orang yang tertekan ini sudah pasti tidak lagi mampu mengawalkeadaan dirinya. Saya bukan nak tuduh dia macam-macam tetapi sejak kebelakangan ini, beliau memang cukup merapu. Masih ingatkah lagi bagaimana peristiwa beliau melarikan diri ke Kedutaan Turki kononya ada ancaman bunuh. Namun hingga kehari ini, sehelai bulu roma beliau pun tidak gugur.


"Apa yang menghairankan beliau bebas kemana sahaja termasuk memberi ceramah dan tidak pula beliau khuatir tentang perkara berkenaan. Itulah bukti bagaimana pihak keselamatan menjaga keamanan di negara ini. Apapun kita tunggu drama apa pula yang akan digubah oleh Anwar selepas ini," katanya- Media-UMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E