55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

BN Juga Boleh Tuduh Pembangkang Edar Video Seks Cari Simpati Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Mei - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Satim Diman berkata tindakan pembangkang menuduh kononnya UMNO, Barisan Nasional (BN) terbabit mengedarkan salinan lengkap pita video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinegeri itu tidak lebih sekadar satu usaha pakatan pembangkang untuk mengalih isu sebenar tentang kepincangan pentadbiran mereka di negeri itu.

Tegasnya pakatan pembangkang sebenarnya menyedari mereka tidak lagi mempunyai masa untuk memulihkan rekod buruk pentadbiran mereka maka mereka cuba mengalih pandangan rakyat menuduh BN bertanggungjawab mengedarkan video seks terbabit.

"Rakyat dinegeri ini sudah bangkit mempersoalkan tentang janji mereka kononnya nak jaga kebajikan rakyat...ini yang kerajaan pakatan pembangkang takutkan.

"Kita ingatkan pakatan pembangkang agar tidak menuduh membabi buta tantang pengedaran video seks ini..Kita pun boleh tuduh mereka yang buat untuk dapatkan simpati rakyat," katanya kepada UMNO-Online disini.


Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang seterusnya berkata ahli dan para penyokong pakatan pembangkang sepatutnya menerima apa yang menimpa ketua mereka itu adalah takdir Ilahi.


"Jangan hanya menuding jari ke arah UMNO setiap kali masalah timbul terutama berkaitan masalah peribadi yang membabitkan Anwar Ibrahim," ujarnya. Kata beliau lagi tidakkah pembangkang sedar bahawa selama ini mereka sering mengadakan solat hajat dan meminta agar diberi petunjuk dan ini adalah petunjuk yang Allah swt berikan.


"Apabila mereka solat hajat meminta agar Allah berikan petunjuk dan kebetulan banyak masalah yang timbul mengaitkan ketua mereka maka tidaklah mereka sedar inilah yang Allah tunjukkan.


"Mereka seharusnya membuka minda dan kaji semula mengapa terlalu banyak salah laku Anwar Ibrahim terbongkar. Mengapa mereka harus menuding jari semua kesalahan yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kepada UMNO?," katanya.


Justeru beliau menasihatkan pakatan pembangkang agar muhasabah diri jangan ghairah menabur fitnah. "Lebih banyak mereka buat fitnah maka lebih banyak lagi kemungkaran merka terbongkar. Inilah ketentuan Allah kerana dalam apa jua keadaan kebenaran akan menjelma juga akhirnya," ujar beliau - MediaUMNO

2 ulasan:

  1. Berimankah puak-puak PR nie? Jika mereka orang-orang yang beriman kepada Qada dan Qadar Allah, makanya mereka akan menerima ketentuanNYA. Mereka yang memohon dan meminta supaya Allah memberi petunjuk akan kebenaran disebalik isu-isu yang dihadapi oleh DSAI, tetapi apabila Allah memakbulkan permintaan mereka, mereka menafikan pula. BERIMANKAH MEREKA?

    BalasPadam
  2. Allah hanya menilai sebanyak mana dan sekuat mana ketaqwa setiap hamba itu tehadap Nya. Allah turunkan Al-Quran dan utuskan nabi dan rasul supaya kita mendapat petunjuk..!

    Teramat malang bagi setiap insan, apabila mereka berpaling dan ingkar kepada perintah yang telah ditetap didalam Al-Quran dan tidak berpegang kepada sunnah Rasullullah.

    Maka rugilah insan-insan yang sebegini didunia dan lebih rugi lagi bila berada di akhirat.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E