Keputusan Henti Subsidi Minyak Langkah Tepat

PASIR PUTEH,26 Mei - Keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghentikan pemberian minyak subsidi kepada bot nelayan laut dalam terpakai berasal dari Vietnam satu langkah yang tepat, kata Pengerusi Persatuan nelayan Semarak, Datuk Mohd Jelani Jakfar. Beliau berkata keputusan itu dapat mengelak pembaziran, disamping
menyekat pengaliran keluar subsidi kerajaan.

"Subsidi sepatutnya dinikmati oleh nelayan tempatan sahaja,," katanya sebagai mengulas keputusan kementerian itu akan menghentikan serta merta pemberian minyak subsidi kepada 179 bot nelayan laut dalam terpakai yang berasal dari Vietnam.

Keputusan itu di umumkan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Johari Baharom berikutan bantahan nelayan tempatan yang mendakwa bot-bot nelayan itu memberi impak tidak baik kepada mereka, dan sehingga kini pihaknya sudah mengenal pasti 57 bot laut dalam terpakai Vietnam yang kini beroperasi di Kelantan, 40 di Terengganu, 58 di Pahang, empat di Johor dan 20 di Sarawak.

Sehubungan dengan itu Mohd Jelani berkata sebahagian daripada jumlah hampir 180 bot yang mengisi minyak subsidi dengan Persatuan Nelayan Sarawak terdiri daripada bot-bot nelayan Vietnam.

Katanya mereka menyewa lesen kepunyaan nelayan tempatan untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan selain minyak yang diberi subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata hanya sebahagian kecil hasil tangkapan di daratkan di pengkalan Tok Bali, Pasir Puteh sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk pemberian subsidi itu- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...