55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

SNAP Akhirnya Berpisah Daripada Pakatan Pembangkang

SNAP sudah tarik diri, Pas bila lagi nak tunggu kena pijak sampai mati ke?

KUCHING, 7 Mei (Bernama) - Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang menjalinkan hubungan singkat dan renggang dengam Pakatan Rakyat (PR) Sarawak akhirnya berpisah selepas sekian lama bersabar dengan sikap dingin pakatan pembangkang negeri terutama ketika menghadapi pilihan raya Sarawak ke-10 baru-baru ini.

Presiden parti Edwin Dundang berkata parti itu merasakan mereka tidak lagi diterima dalam pakatan itu selepas setahun hubungan "cinta tetapi benci" dengan PR Sarawak yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

"Bukan pilihan kami untuk meninggalkan mereka...bagaimanapun kami merasa kan kami tidak lagi diterima dalam pakatan itu, terutama dalam pilihan raya negeri.

"Sehubungan itu, kami tidak akan berdamai dengan PR bermula dari sekarang," katanya kepada Bernama disini hari ini dan menambah parti itu merasakan mereka diketepikan oleh pakatan pembangkang itu semasa pilihan raya negeri 16 Apri lalu.
"Kami tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat atau sebarang aktiviti bersama. Ini menunjukkan mereka tidak mahu kami lagi dan mahu meminggirkan kami," katanya dan memaklumkan kali terakhir SNAP menghadiri mesyuarat PR Sarawak pada Mac lepas berhubung pembahagian kerusi pilihan raya negeri.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng enggan memberi komen berhubung keputusan SNAP itu manakala Ketua PKR negeri Baru Bian tidak dapat dihubungi.

Pada April tahun lepas, parti kaum Dayak itu menyertai PR dan membentuk PR Sarawak. Bagaimanapun, sebelum pilihan raya negeri, SNAP dan PKR berselisih faham berhubung pembahagian kerusi. Ini menyaksikan SNAP,PKR dan BN bertembung di 24 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E