55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Bob Lokman Usah Hopikrit Dan Cari Publisiti Murahan - Awie

"Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," Kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepda pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap "menyerang" dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob Lokman mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.


Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
"Dia (Bob lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melaku perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah kelangit terkena muka sendiri."Kita sama-sama "cari makan" dalambidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwamengenali Bob Lokman sejak 1985-HMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E