55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Prof Aziz Bari Sifatkan Pas Amalkan Politik Mundur, Tidak Demokratik

GUA MUSANG, 9 Mei 2011 - Penganalisa Politik Pas, Prof Aziz Bari menyifatkan pemimpin Pas tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dalam partinya kerana pemimpin Pas tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kegagalan dalam tugas parti.

Beliau berkata di dalam politik moden atau politik berdemokrasi pemimpin parti akan bertindak melepaskan jawatan disandangnya setelah beliau gagal dalam tugas atau melaksanakan tanggungjawab parti.

"Umumnya saya berpendapat dalam politik moden atau dalam politik perlembagaan prinsip pertanggungjaban sangat penting.


"Sebab itu seseorang pemimpin perlu meletak jawatan apabila gagal atau menjadi liabiliti. Ini berlaku secara automatik tanpa disuruh dalam politik yang maju," katanya dalam temubual siasah.

Justeru pada pandangan Prof Aziz itu, jika pemimpin Pas benar-benar maju atau ke hadapan pasti mereka mendengar kata-katanya demi menjamin kestabilan dalam politik dalaman parti agar tiada pihak cuba mempertikaikan kepimpinan.

Atas pandangan Prof Aziz itu, maka bukan sahaja Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu letak jawatan kerana gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak, malah termasuk Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Selain isu penyelewengan ladang rakyat, Nik Aziz juga dilihat gagal menyelesaikan masalah bekalan air untuk rakyat Kelantan biar pun 20 tahun Pas memerintah. Lebih memeritkan Pas, sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas dilihat merosot dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan Galas," katanya.

Di Manek Urai Pas menang dengan hanya 65 undi majoriti sahaja manakala di Galas Barisan Nasional (BN) menang 1,190 undi majoriti.

"Iaitu satu perkara memalukan untuk Pas Kelantan kerana Nik Aziz adalah Menteri Besarnya tetapi boleh tewas di negeri sendiri dan merosot undian terhadap calon parti yang mentadbir negeri Kelantan," kata penganalisa itu

Justeru, Nik Aziz juga perlu meletak jawatannya kerana beliau sudah menjadi liabiliti dan gagal melaksanakan tugas penting parti, katanya. Malahan Prof Abdu Aziz menyifatkan jika pemimpin Pas enggan berbuat demikian maka Pas mengamalkan satu politik yang mundur dan bercanggah dengan perjuangan demokrasi yang dilaungkan parti itu selama ini.

"Saya fikir adalah mustahil sudah tiada pengganti..!!!

Kalau tiada ganti apa yang mereka buat selama ini ??? Jelas budaya Feudal masih kuat dan Pas nampaknya meskipun menjerit-jerit nak buat Islam tetapi masih dalam kepompong negatif Melayu," kata Prof Abdul Aziz.- kelatekito.net

1 ulasan:

  1. SI AJIS PARI2 NI TALAM 2 MUKE BROO. KES NUAR MENYUNTUT PUN DIA SOKONG BULAT2. PATUT LE MUKE DIA PUN DH MCM BONTOT NUAR..SEBIJIK! KEHKEHKEH

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E