55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

PKR Mohon Semak Notis Pembatalan Pendaftaran

KUALA LUMPUR,31 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung notis pembatalan pendaftaran parti itu.

Ia di failkan melalui firma guaman, Tetuan Adwin Lim Suren & Soh di kaunter pendaftaran, mahkamah berkenaan.

Dalam permohonan itu Presiden parti tersebut Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail turut dinamakan sebagai pemohon di dalam writ berkenaan.

Antara lain mereka memohon perintah larangan dikenakan ke atas ROS daripada meneruskan apa jua tindakan ke atas PKR selaras dengan peruntukan Seksyen  13(1) atau (2) Akta Pertubuhan 1966.
(Logo Parti PKR)

Pernyataan yang difailkan menyebut, pihak pemohon mendakwa notis bertarikh 9 Mei lepas yang dikeluarkan oleh ROS yang dinamakan sebagai responden adalah tidak sah dan dilakukan di luar bidang kuasa pendaftar pertubuhan berkenaan.

Ini kerana, pelanggaran fasal 32.2.1 Perlembagaan Parti yang didakwa telah berlaku oleh ROS sebenarnya tiada malah fasal yang dinyatakan juga tidak pernah wujud dalam perlembagaan parti itu.

PKR turut mendakwa anggota parti bernama A. Rajagopal yang dikatakan dipecat oleh Majlis Pimpinan  Tertinggi (MPT) pada 1 atau 27 April 2009 juga tidak wujud dan tiada mesyuarat MPT diadakan pada masa itu.

Dalam pada itu, Peguam, N. Surendran yang mewakili kesemua pemohon mendakwa, notis yang dikeluarkan oleh ROS bersifat mala faid (niat jahat) dan bertujuan menghalang PKR daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Notis berkenaan juga, dakwa beliau, tidak berlaku adil terhadap pihak pemohon kerana keputusan membatalkan PKR hanya kerana atas dasar pemecatan seorang individu.

Surendran juga mempertikaikan tindakan ROS yang hanya mengeluarkan notis itu pada masa sekarang sedangkan dakwaan pemecatan tersebut berlaku dua tahun lepas- Mynewshub.my  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E