Nik Aziz dan Hadi Awang merelakan diliwat?

Pas akan kekal dalam Pakatan Rakyat walaupun siasatan polis mendapati pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang disahkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, pendirian tersebut berikutan salah laku berkenaan hanya melibatkan seorang individu tanpa perlu dikaitkan dengan parti yang dianggotainya atau pun memberi kesan kepada kerjasama gabungan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun menurut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu membuat keputusan tegas mengenai kedudukan Anwar yang juga Penasihat Parti itu. " Kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat tiada masalah, kita boleh terus kekal bersama. "Kalau benar pelaku berkenaan disahkan sebagai Anwar, ia adalah masalah individu...tidak perlu dikaitkan partinya. Tapi PKR sendiri kena buat keputusanlah tentang beliau," katanya kepada sidang media disini, Jumaat.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat mengenai isu video seks yang dikatan mirip Anwar yang juga Ketua Umum pakatan pembangkang seperti yang didedahkan Trio Datuk T kepada sekumpulan wartawan bulan lalu. Bagaimana pun menurut Mohamad, pendirian berkenaan adalah pandangan peribadi beliau dan bukannya pendirian Pas.


Namun menurutnya, Pas akan mengumumkan pendirian rasmi mereka melalui Majlis Syura Ulama mengenai perkara berkenaan selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan. "Apa-apa pendirian rasmi parti hanya akan dibuat oleh Majlis Syura Ulama.
   "Buat masa ini kita masih berpandangan isu berkenaan masih bersifat spekulasi." 


Diminta mengulas mengenai pendirian Pas yang mahu menunggu hasil siasatan berhubung kesahihan video seks berkenaanwalaupun sebelum ini pembangkang dilihat enggan mempercai ketelusan siasatan polis, Mohamad Sabu berkata: "Siasatan yang dimaksudkan mestilah dilakukan dengan berwibawa dan adil,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular