55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Rakyat harus sedia tampung sebahagian kos subsidi

Tan Sri Muhyiddin Yasin
Aduiyai...mahu tidak mahu terpaksalah rakyat Malaysia amnya merelakan dalam terpaksa, "samo ado suko atau tidak suko, nok buak guano"..!!

Dengan kos yang dijangka kan akan naik dalam sedikit masa lagi sudah tentu bagi yang berpendapatan rendah akan merasakan kesan yang ketara.

Rakyat negara ini harus bersedia untuk menampung sebahagian daripada kos subsidi yang berada di luar kemampuan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika memberi amaran itu berkata, tahun ini, kerajaan dijangka dibebankan dengan kenaikan kos subsidi yang mencecah antara RM18 hingga RM20 bilion yang dibelanjakan bagi meringankan bebanan rakyat.

"Kerajaan kini berhadapan cabaran kenaikan harga barang, inflasi dan minyak yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia termasuk negara Eropah, Jepun, China, Indonesia dan Thailand.

"Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Induk Bekalan dan Kawalan Harga, saya dapati soal ini bukan mudah bagi kita dalam menetukan bekalan, kawalan harga serta undang-undang baru yang perlu diteliti sebelum dilaksanakan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Grik, di Dewan Serbaguna Grik.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata kerajaan juga baru-baru ini membuat keputusan tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG agar ia tidak membebankan rakyat.

"Buat masa ini, harga komoditi tersebut tidak akan dinaikkan kerana kerajaan mampu mengawal kenaikan melalui bantuan subsidi. "Jika kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi yang semakin meningkat, rakyat harus menanggung sebahagian daripada kosnya," katanya lagi.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E