UMNO PERAK PERLU JADI ‘JAHAT’ | peraktoday.com

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mei, mengenai kemungkinan kehilangan perwakilan dari kaum Cina dalam kerajaan sekiranya Parti Barisan Nasional (BN) gagal mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihanraya akan datang. Pada pandangan saya perkara ini bukan baru sekarang diucapkan, malah telah lama dahulu UMNO sudah bertindak sedemikian.

Kita bagi percuma sahaja kemenangan kepada wakil MCA atau MIC yang majoriti pengundi orang Melayu kerana mereka dari wakil BN. Tetapi apa sudah jadi dikawasan yang majoriti pengundinya dari orang Cina Dan India mereka tetap juga memberi sokongan kepada DAP.

Jadi, memang sewajarnya perkara ini difikirkan bersama parti gabungan Umno, iaitu MCA, MIC, GERAKAN dan PPP, Nak duit nak dapat tempat nak dapat pangkat (YB) buatlah kerja. Bukan tunggu orang tatang bagi jawatan bagi segala keselesaan dengan percuma atau dengan belas ikhsan.

Kalau macam itu yang diharapkan oleh parti-parti dalam BN jawabnya pada kali ini sorry banyak bro..!


Untuk mengetahui dengan lebih terperinci sila klik link dibawah ini:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular