55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Tibalah Masanya Penduduk Pulau Pinang Kembali Arah Yang Asal

Cukuplah sudah tiga tahun derita ditanggung oleh penduduk Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Melayu dan juga kepada penyokong Barisan Nasional.


Dimasa yang akan datang janganlah lagi percaya dan terepngaruh dengan janji-janji Pakatan Rakyat, terutamanya Dap telah menunjukkan sikap yang tidak seharusnya dilakukan oleh mereka.


Sebelum berkuasa memanglah segala janji manis lebih dari madu di luahkan dan sekarang setelah kuasa ada ditangan mereka, apa yang telah mereka lakukan sekarang?


Cukuplah tiga tahun sahaja pemerintahan DAP di Pulau Pinang, segala tindakan  dan dasar-dasar mereka laksanakan membuktikan bahawa mereka sedang berusaha "mengusir" orang Melayu dari Pulau Pinang khususnya dari bahagian "Pulau" itu.


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata, kejadian dua lagi peniaga Melayu yang diarahkan mengosongkan permis perniagaan mereka di Batu Ferenggi seakan -akan membuktikan lagi DAP memang tidak perlukan Melayu dan tidak akan membiarkan orang Melayu khususnya untuk mencari rezeki di Pulau Pinang.
"Cukup tiga tahun rakyat di Pulau Pinang di tindas dan di tipu"
Cukuplah selama ini, ramai yang terpedaya dengan pelbagai janji yang ditaburkan dan selepas tiga tahun berlalu, inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu bahawa kita ditindas dan di khianati disini," katanya kepada UMNO-Oline.


Sehubung dengan itu, beliau mencabar kerajaan DAP Pulau Pinang untuk berterus terang dengan segera menberi penjelasan apakah mereka sebenarnya mengamal konsep "Hitlerisme" yang mengutamakan kaum-kaum tertentu.


"Walaupun sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang selalu melaung-laungkan kononnya mengamalkan pentadbiran bersih, cekap dan telus namun hakikatnya laungan itu sekadar retorik kosong semata-mata," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


Justeru ujarnya orang Melayu harus kembali bersatu dan sedar bahawa mereka sedang dianak-tirikan bukan sahaja dari segi penafian hak untuk mencari rezeki yang halal di Pulau Pinang, malah dinafikan hak untuk memiliki hartanah atau kediaman yang mampu dikiliki.


"Ini kerana kerajaan negeri lebih menumpukan mendirikan rumah -rumah mewah yang hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu," katanya.-MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E