55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Pembongkaran Dan Penipuan Peguam Pas Kepada Peneroka


Sebagaimana yang telah dijanjikan tidak lama dulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam Pas yang dikatakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang ditulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka- peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.

Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukan kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan "free" kepda peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan "free' ini ialah peguam ini KERANA BUTA-BUTA MEREKA MENDAPAT BAYARAN SEBANYAK RM 3.3 JUTA, MANAKALA SETIAP PENEROKA YANG SERAMAI 354 ORANG, HANYA MENDAPAT RM 19 RIBU JE...

Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka juga MEMPERSOALKAN KEMANA MENGHILANGNYA WANG SEJUMLAH RM 1.1 JUTA LAGI YANG DIKATAKAN DISERAHKAN KEPADA ORANG TENGAH. Siapa orang tengah ini, hanya peguam sahaja yang tahu. Seronok jadi peguam ini kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang ditindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada penerroka kerana semuanya ada udang disebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekaian, fikirkanlah sebelum terlambat...kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah Melayu...SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA...BIARKAN!...BIARKAN!

(Anak Jati Felda)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E