55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Pas kini dipersimpangan.....antara jalan keikhlasan dan jalan kepuraan











Pas sudah sampai di simpang tiga (simpang tiga rumpun bambu yang saya katakan semalam). Laluan ke kanan menunjuk papan tanda menuju keikhlasan. Jalan keikhlasan ini adalah ditinasi perjuangan menegakkan agama Allah dan kejayaan dunia dan akhirat.

Jaln ini berliku-liku dan penuh ranjau. Allah memang sediakan laluan ini begitu sebagai dugaan  dan cabaran sama ada benar atau tidak seseorang itu berjuang untuk menegakkan KalimahNya dimuka bumi ini. Laluan kekiri menunjukkan papan tanda menuju ke kepuraan.

Jalan kepuraan ini jika pada zaman Nabi dulu disebut kemunafikan, iaitu lawan kepada keikhlasan. Jalan ini pernah dirintis oleh Abdullah bin Ubai dan rakan-rakan nya berjumlah seramai 83 orang yang disebut oleh nabi kepada sahabatnya Huzaifah r.a yang dilantik oleh nabi sebagai penyimpan rahsia nabi.

Setiap perjuangan yang berlandaskan kepda keikhlasan pasti akan menerima dugaan yang cukup hebat. Barangsiapa yang melepasi laluan ini maka barulah Allah ikhtiraf keimanan seseorang itu.
Sebaliknya Jalan Kepuraan pula ialah jalan yang dilalui
mereka-mereka yang sentiasa mempergunakan agama dengan maksud yang tidak kita ketahui.

Kata-kata dan ungkapan orang-orang yang mengikuti kedua-dua jalan ini sering didengar dan dilihat benyak persamaan. Tetapi akhirnya Allah akan asingkan mereka diakhirat kelak berdasarkan perbicaraan di mahkamah agung Ilahi yaumil-mahsyaar.

Sekarang Pas sedang betul-betul di persimpangan "trafik lite". Sama ada mahu kekanan atau mahu kekiri. Terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan oleh Pas pada saat ini. Jika Pas mahu mengambil ketetapan untuk mempertahankan pelaku seks dalam video yang sudah semakin jelas, maka Pas akan menghadapi risiko di mahkamah Ilahi sebagai pihak yang mempertahankan kemaksiatan dan kemungkaran yang nyata.

Jika Pas mahu mengambil ketetapan untuk mempertahankan pelaku seks di dalam video yang sudah semakin jelas, maka Pas akan menhadapi risiko di tuduh di mahkamah Ilahi sebagai pihak yang mempertahankan kemaksiatan dan kemungkaran yang nyata.


Jika Pas mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan pelaku seks dalam dalam video tersebut, maka Pas akan berhadapan pula dengan risiko kemungkinan kehilangan rakan kongsi dan sokongan rakyat melalui Pakatan Pembangkang.

Jika Pas mengambil untuk menggunakan ayat Al-Quran "tidak boleh mengaibkan saudara kamu dihadapan khalayak," maka Pas akan dituduh pula menyokong pelaku liwat dalam video tersebut. Jalan mana  satu pilihan harus dibuat, iaitu sama ada mempertahankan si pelaku dalam video atau menyokong pendedahan yang dilakukan oleh Datuk T.

Walau apa pun, kedua-dua pendirian  bakal diambil ini, Pas tetap akan disoal di mahkamah Ilahi kelak.Inilah delema Pas, khususnya kepada ulamak-ulamak yang sedang memimpin Pas. Keputusan di tangan Pas sama ada Pas memang berjuang semata-mata kerana Allah atau pun mencampur adukan antara berjuang kerana Allah dengan kerana kepentingan politik, kuasa dan pengaruh.

Pas bolehlah melakukan ijtihad laluan mana yang harus dilalui, Jika dalam ijtihajnya  Pas mempunyai keikhlasan semata-mata kerana Allah, maka ijtihaj yang bakal diambil Pas sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada kemasalahan ummah secara keseluruhannya, dan bukan kemasalahan  kelompok Pakatan Rakyat semata.

Ijtihajlah wahai Pas demi agama mu The Choice Is Yours.


By; Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E