55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Hasil Pakatan, DAP Jadi "Towkey Besar" Kepada PKR Dan Pas

KUALA LUMPUR 4 Mei - Dominasi DAP dalam kabinet bayangan di Sarawak adalah bukti betapa DAP adalah yang paling mendapat laba hasil dari pakatan pembangkang yang diwujudkan. "Mereka dengan jelas inilah bukti bahawa status Pas dan PKR hanyalah sekadar menjadi kuda tunggangan DAP." kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Suffian Awang.

Menurut perkara tersebut bukanlah pelik kerana contoh sudah ada hari ini yang mana di beberapa negeri di bawah penguasaan pakatan pembangkang, DAP menjadi "towkey besar" manakala Pas dan PKR adalah budak suruhan.

"Kita sedikit pun tidak terkejut dengan pembentukan kabinet bayangan yang didominasikan oleh wakil DAP itu. Alasan mungkin realistik kerana mereka menang banyak berbanding Pas dan PKR.

"Sebab itulah DAP ada lesen besar mendomonasi kabinet bayangan tersebut manakala Pas pun mungkin terhegeh-hegeh dilantik ke kabinet bayangan berkenaan. Apa pun alasan yang diberikan, amat jelas DAP memperbudakan PKR dan memperalatkan Pas," katanya kepada UMNO-Online disini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembentukkan kabinet bayangan pembangkang di Sarawak yang didominasikan oleh DAP.

Pembentukan kabinet bayangan yang mengandungi 15 portfolio itu meyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) DAP mendomonasi 12 daripadanya dengan Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng dilantik menjadi ketua pembangkang.

Sementara itu, PKR yang pernah mencanangkan Pengerusinya, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri hanya mempunyai tiga wakil dengan salah satunya , perlu berkongsi portfolio dengan seorang wakil daripada Pas. Sufian yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuantan seterusnya mempersoalkan jika di Sarawak pembangkang boleh membentuk kabinet bayangan, kenapakah di semenanjung ini mereka tidak mengambil pendekatan yang sama untuk membentuk kabinet bayangan di Parlimen.

Soal beliau lagi bukankah dengan adanya kabinet bayangan tersebut, mereka yang kononnya mereka sebagai parti yang telus dapat mengimbangi kerajaan yang ada hari ini dari pelbagai sudut termasuk soal perancangan mahu pun perlaksanaan.

"Di Sarawak bukan main laju bentuk kabinet bayangan....tetapi di Parlimen sunyi sepi. Mungkin ada sesuatu yang menghalang mereka untuk berbuat demikian. "Jika berani, ambillah pendekatan sama. Kita pun nak tahu siapa Perdana Menteri bayangan, siapa Timbalan Perdana Menteri bayangan dan menteri-menteri kabinet mereka yang lain," katanya.- MediaUMNO.
Oleh: Tg Azman Tg Abas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E