55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

15 Dalil Pas Perlu Keluar Dari Pakatan Pembangkang

DAP menentang penubuhan negara Islam Pas, PKR pula terperangkap dengan tuduhan video seks dengan pelacur. Apa kah hasilnya dengan pakatan seumpama ini dengan Pas asyik mempertahankan pemimpin DAP dan PKR di mata rakyat.


Akhirnya sebuah NGO ditemui 15 dalil menyalahkan Datuk Anwar Ibrahim dan apa kah lagi alasan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk pertahankan Anwar dan DAP serta kekal dalam pakatan. Menurut laporan sebuah akhbar Gegasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mendesak ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor berikutan dakwaan terlibat dengan satu video seks.


Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, jika Anwar enggan , Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim wajib memecat beliau kerana isu ini menjatuhkan reputasi kerajaan negeri. 


Menurutnya, terdapat 15 kenapa Anwar dikatakan pelaku didalam video seks tersebut antaranya, terus enggan menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) bagi mengesahkan sama ada jam Omega tersebut miliknya atau pun tidak dan tidak berani melakukan ujian poligraf.


"Dalil lain ialah Anwar sehingga sekarang takut dan kecut untuk melakukan sumpah mubahalah menafikan kebenaran video seks tersebut sedangkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berani bersumpah bahawa apa yang beliau dedahkan adalah satu kebenaran.


"Anwar menggunakan alibi pada malam yang didakwa, beliau sedang melayan twitter dan apabila diperiksa twitternya ada tempoh dua jam tiada sebarang kemas kini," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Selain itu,Hamidzun turut mendakwa terdapat rakaman CCTV dari hotel tersebut yang jelas merakamkan kelibat pemimpin itu keluar masuk kekawasan bilik.


"Pakar Filem menyatakan superimposed untuk filem atau video masih belum ada. Mereka berpendapat adalah mustahil untuk video superimposed apatah lagi untuk pergerakan seks selama 22 minit,:Katanya.-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E