Kes Simbah Acid: Dalang Sebar Maklumat Dicari

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dalang di sebalik penyebaran maklumat palsu kes simbah asid yang mencetuskan situasi panik di kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Lembah Klang.




Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya membuat laporan kepada SKMM agar dapat mengenal pasti individu yang terlibat, sekaligus membendung perbuatan tidak bertanggungjawab itu.


"Penyebaran maklumat palsu itu dihebahkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang semakin berluasa,sedangkan ianya hanya berita palsu," katanya selepas melancarkan program kesedaran komuniti merentasi sempadan jantina berhubung keselamatan wanita sempena pameran perumahan di sebuah pusat membeli belah disini hari ini. Turut hadir Anggota Parlimen Pandan Datuk Ong Tee Keat.


Ku berkata mereka yang menyebarkan maklumat palsu akan di siasat mengikut seksyen 505 Akta Kanun Keseksaan   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular