55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Anwar sekeluarga dicabar

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:
1) melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks itu.
2) menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.
3) menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
4) tuduh Shazry Eskay sebagai berbohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan  (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan , tiga anak-baranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah payah mengelilingi negara.


Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu, takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.


"Mengenali Anwar ini itu bukan cara dia, Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas itu jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu darinya.


"Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr.Wan Azizah dan Nurul Izzah juga kena berani untuk melakukannya.Jika tidak bersalah kenapa takut," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, disini.


Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan meruahnya dicaci.


Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.


"Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya itu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini," jelasnya. - Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E