55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Kesah Peguam Yang Hipokrit

Kesah Peguam Yang Hipokrit
 N. Surendran budak estet yang berjaya menjadi peguam kerana sistem pendidikan negara yang telus dan adil dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasuonal (BN), hari ini dengan megah mendakwa sesiapa juga yang bawa cerita keburukan tentang Anwar akan disaman sampai muflis.

Kenyataan Surendran itu dibuat semasa menfailkan saman berjumlah RM 100 juta terhadap seorang blogger yang didakwa menfitnah Anwar Ibrahim berhubung penyebaran satu video klip yang menunjukkan kelakuan seks sejenis.

Dari cara apa yang diucapkan oleh nya, seolah-olah Surendran 101% bahawa apa jua kes saman membabitkan Anwar di Mahkamah akan dimenangi oleh ketua pembangkang tersebut. Macam dia pulak hakim..!! walhal dia peguam saja pun. Tak tahulah kalau lain-lain kira dibelakang.

Apa yang lebih semua orang berminat ialah, merujuk kenyataan terbaru Datuk Eskay Abdullah yang dibuat melalui rakannya Tan Sri Tamby Chik bahawa Anwar telah cuba menawrkan sejumlah wang yang banyak kepada Eskay supaya beliau menandatangani akuan bersumpah dan menafikan pembabitan Anwar dalam dalam satu video seks dengan China Doll.


Kesah Peguam Yang Hipokrit
   Eskay, macam yang kita sedia maklum,  sering terlepas dari tindakan undang-undang oleh Anwar. Selain beliau, seorang lagi juga ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, turut mendapat 'imuniti' dari disaman oleh Anwar. Tak kiralah apa sahaja yang beliau katakan mengenai Anwar.

Persolaannya sekarang bila Anwar nak saman mereka-mereka ini?

Pandai pulak Anwar pilih-pilih nak saman orang yang mana satu, walhal kalau nak di ikutkan kepada damangging, besar juga dakwaan yang dibuat oleh orang-orang ini, tapi hairan bin ajaib, kenapa tidak disaman.  
Kesah Peguam Yang Hipokrit
Yuktes Vijay dalam bulatan cabar Anwar suruh saman dia

Baru-baru ini ada seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes Anwar meliwat Saiful dulu benama Yuktes Vijay tampil dengan cerita sebenar di sebalik kes tersebut, sepatutnya Anwar didapati bersalah, tapi kerana kelemahan pegawai penyiasat, hakim berasa tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut, bukan sebab tak liwat.

Sekali lagi pertanyaan bila Anwar nak saman Yuktes?

Jadi kesimpulannya, toksah Surendran nak tembarang banyaklah. Setakat saman RM 100 juta, dapat hanya RM 100 ribu (itupun belum tentu dapat, silap-silap kes selesai luar Mahkamah) Tak ada siapa pun boleh bankrap. Lagi pun rakyat bukan bodoh nak nilai konsistensi Anwar dan bab saman menyaman ni. Dengan orang ini cakap lain, dengan orang itu cakap yang lain. 

Pssttt...berani ke Anwar hadapi cabaran saman menyaman ni, takut sendiri yang tersaman kelak..!!
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E