55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Kena TIBAI Jangan Menyesal

Kena TIBAI Jangan Menyesal
Kena TIBAI Jangan Menyesal
Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak menyesal kerana tidak menuruti tuntutan pengendali laman blog papagomo.com agar menarik balik saman RM100 Juta yang difailkannya pada pagi khamis, kata Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor, Wan Indra Putra Ahmad.

Ini katanya keengganan Anwar itu akan membawa kepada pendedahan rakaman penuh video seks songsangnya dengan seorang mahasiswa dari Sabah, oleh Papagomo. Beliau menambah tindakan menyaman Papagomo adalah perbuatan sia-sia memandangkan ia tidak akan memberi kelebihan kepada Anwar.

"Sekiranya Anwar Ibrahim tidak menurut apa kehendak daripada blogger Papagomo, tunggulah natijahnya dan jangan menyesal. Persoalannya disini, kenapa Anwar hendak menyaman blogger Papagomo sedangkan dia pun maklum bahawa tidak ada pun satu keyakinan dan kepercayaan pada dirinya di era laman sosial ini.

"Apa yang dikeluarkan, apa yang didedahkan, apa yang ditampilkan adalah satu harapan rakyat bahawa batang tubuh ataupun individu didalam itu menunjukkan manusia itu adalah Ketua Pembangkang Malaysia". Kata Wan Indra ketika dihubungi Antarapos.


Wan Indra berkata, selain saman, Anwar boleh memilih untuk membuat penafian secara rasmi ataupun sumpah laknat yang lebih meyakinkan rakyat terhadap dirinya dan tidak mengelak untuk menjawab kemusykilan yang timbul.

"Persolannya disini, jika bukan dia apa perlu saman itu dikemukakan? Dia harus menafikan, satu, dan keduanya bersumpah laknat dan yang ketiganya membuktikan yang itu bukan dia.

"Dan sehingga kehari ini pun, seperti VCD pertama yang membabitkan isu China Doll, dia tidak pernah jawab komen pun dan bagaimana kedudukan Jam Omega itu menjadi tandatanya seluruh rakyat Malaysia," tegas beliau.

Papagomo sebelum ini memberi tempoh 48 jam dan sudah pun berakhir.. sehingga kini tidak ada sebarang tanda Anwar akan berbuat demikian. Anwar dalam pada itu menfailkan saman malu terhadap Papagomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit video seks terbaru yang memaparkan seorang lelaki yang meyerupai wajahnya sedan melakukan hubungan "intim" dengan pasangan lelakinya.

Anwar menfailkan saman itu setelah Papagomo enggan memadamkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kronologi lelaki mirip wajahnya itu didalam keadaan intim dengan pasangannya, yang diambil daripada video berkenaan.

Anwar bagaimanapun tidak hadir ke Mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, N. Surendren dan Lathefa Koya. Wan Indra dalam pada itu berkata, pertubuhan bukan kerajaan, TIBAI yang dianggotai oleh bekas orang-orang kuat Anwar menolak pemimpin yang tidak bermaruah dan mempunyai moral yang tidak baik bagi memimpin negara.

"Pendirian TIBAI adalah mudah dan senang, kita perlukan pembangkang tetapi pembangkang yang mempunyai digniti moraliti, bermaruah dan boleh diterima oleh masyarakat.

"Rakyat ingin tahu, (sama ada ianya) benar atau tidak, bukan kerana seorang itu rasa benci, rasa dendam, rasa meluat, tidak. Rakyat nak tahu kerana ini membabitkan pemimpin negara. Sebagai bekas orang-orang yang pernah membela, yang pernah merasa suka dan duka bersama manusia yang bernama Anwar bin Ibrahim ini, kami ingin mendapatkan kepastian", ujarnya.

Pssttt..rakyat sedang tunggu dan lihat bontot siapa yang akan "melengas".             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E