55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Amanat Hardy "BESI' Awang

Kepada anda yang tidak tahu membaca Jawi saya taipkan dalam bahasa Rumi:

AMANAT
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
"Saudara-saudara sekalian, percayalah! Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana di mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuangan dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masu Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, kita jadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

PAS
(Parti Islam SeMalaysia)
...........................................................

AMANAT HADI AWANG - Menzalimi Islam

Dalam peristiwa berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985, seramai 18 orang termasuk Ibrahim Libya telah terkorban kerana "TERPENGARUH" dengan amanat Hadi Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan  bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bermesyuarat pada 3hb dan 4hb Februari 1986 telah mengistiharkan bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai "Penderhaka dan Berdosa" kerana tidak ta'at kepada negara Islam Malaysia. Malaysia adalah negara Islam sah mengikut pendapat terkuat "ULAMAK AL-MUHAKKIKUN" berasaskan pegangan mazhab Imam Al-Shafie.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah pula menetapkan kumpulan Ibrahim Libya telah menyerupai "Bughah" dan bukan "mati syahid Ma'araakah". Parlimen yang meluluskan kertas putih pada 11 Mac 1986 denganjelas mengaitkan peristiwa hitam itu dengan Amanat Hadi Awang.

Amanat Hadi Awang telah melahirkan golongan pelampau agama yang berwatakkan seperti berikut:
1. Taksub kepada pemimpin mereka sahaja.
2. Keras kepala, keras hati dan degil.
3. Bertindak keras yang buka bertempat.
4. Bersikap kasar dan agresif terhadap orang lain.
5. Jahat sangka terhadap orang lain.
6. Gemar menabur fitnah dan mengkafirkan sesama Islam.

Makna kepada kafir mengkafir ialah kemuncak perlakuan jahat kerana apabila seseorang Islam dikafirkan bermakna kehormatan, harta benda, darah dan nyawanya halal untuk diceroboh. 
   
Psstt.. Power Rock wooo Amanat Hardy "BESI" Awang nih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E