55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

"MALU"

MALU - Seruan ini pertama ditujukan kepada saya (penulis) kedua kepada manusia yang berbangsa Melayu yang beragama Islam dan khususnya kepada puak-puak PR lebih-lebih lagi kepada penceramah-penceramah mereka yang suka dengan kata nista dan maki hamun. Elaok lah ambil panduan dibawah ini untuk mencatikkan kembali akhlak anda yang dah tercemar.

ANTARA sifat yang sangat dipertahankan oleh Islam ia mempunyai kaitan yang rapat dengan iman, ialah sifat malu. Orang yang suka menggunakan perkataan yang lucah dan keji mencerminkan ketandusan sifat tersebut dalam dirinya. Sabda Nabi S.A.W. (maksudnya): "Malu itu sebahagian dari iman, dan iman itu dalam syurga; manakala kelucahan adalah daripada perangai yang kasar (al-jafa'), dan perangai yang kasar itu dalam neraka" (al-Bukhari dan al-Baihaqi), Memandangkan pentingnya menjaga lidah daripada menuturkan kata-kata keji, kerana ia mempunyai kaitan yang rapat dengan iman, Rasulullah melarang umatnya memaki sekalipun terhadap syaitan.

Abu al-Malih menceritakan kepada seorang sahabat katanya: Satu ketika aku menaiki kuda bersama Rasulullah S.A.W.; tiba-tiba kudaku tergelincir, lalu aku berkata: "Celaka syaitan". Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan kamu berkata: Celaka syaitan; kerana jika kamu berkata begitu syaitan akan membesar hingga menjadi sebesar rumah. Sebaliknya katakanlah: Bismillah; jika kamu berkata demikian syaitan akan mengecil hingga menjadi sebesar lalat" (Abu Daud).

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah bersabda: Janganlah kamu maki syaitan, tetapi hendaklah kamu mohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatannya" (lihat al-Sayuti, al-Jaami' al-Soghir).

Daripada nas-nas yang dipaparkan diatas jelas menunjukkan bahawa memaki dan mengucapkan kata-kata yang kotor dan lucah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Dan saya berpendapat apa yang dipaparkan itu sudah memadai bagi mereka yang ingin mencari kebenaran semata-mata untuk menentukan pendiriannya.

Psstt...Pok Nik kata 'TUHE PUN MENCARUT'..?!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E