55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

150 Ahli PKR Keluar Parti

Kulim: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan baharu apabila Timbalan Ketua Cabang PKR Padang Serai disini, Johari Teh mengumumkan keluar parti tersebut malam tadi tatkala hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

GAMBAR HIASAN
Turut bersama beliau meninggalkan parti itu seramai 150 ahli dan penyokong parti tersebut yang mendakwa berasa kecewa dengan sikap pemimpin mereka. Lebih memburukkan buat parti itu apabila kesemua ahli dan penyokong PKR terbabit diketuai oleh Johari membuat keputusan mnyertai UMNO yang dilihat lebih relevan dan berkemampuan memerintah negara.

"Lebih ramai ahli PKR sekitar Parlimen Padang Serai iaitu Sungai Karangan, Kampun Padang dan Taman Bunga Raya berhasrat untuk meninggalkan parti itu. "Saya sendiri akan menubuhkan sebuah cawangan iaitu Cawangan Kampung Beka, Merbau Pulas dan Bahagian Padang Serai," kata Johari disini semalam.

Johari menyerahkan borong keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan dalam satu majlis yang dihadiri lebih 300 orang penduduk. Turut diadakan majlis tahlil dan bacaan doa selamat yang dihadiri beberapa ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Serai dan Ketua Cawangan UMNO kawasan sekitar.

Mengulas lanjut, Johari berkata, mereka akan membuka sebuah bilik Gerakan bagi membantu calon-calon BN yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, DUN Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai pada PRU-13.

Pssttt...meh ramai-ramai lagi tinggalkan PR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E