Warna Dakwat Akan Diketahui Umum Pada Hari Pengundian

Warna dakwat kekal akan diketahui pada hari pengundian. PUTRAJAYA - Warna dakwat kekal yang akan diguna pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hanya akan diketahui umum pada hari pengundian ini bagi memastikan tiada pihak dapat mengeksploitasi penggunaan dakwat tersebut, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Selain itu, SPR turut memastikan bilik kebal yang menempatkan dakwat kekal itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV). Abdul Aziz berkata warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna dakwat dipasaran.

"Warna dakwat kekal itu unik serta tersendiri dan bahan kandungannya mempunyai spesifikasi khas, menjadikannya sukar ditiru," katanya. Buat pertama kali, pilihan raya umum ini bakal menyaksikan dua jenis dakwat berbeza warna digunakan untuk pengundian awal pada 30 April (Selasa) dan pengundi biasa pada 5 Mei (Ahad) kecuali pengundi pos.


Warna Dakwat Akan Diketahui Umum Pada Hari Mengundi
Menurut SPR penggunaan dakwat kekal sebagai satu  langkah mengelakkan pengundian berulang kali seperti yang didakwa sesetengah pihak dan ia selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan pada Februari tahun lepas.

Penggunaannya juga harus dan dibenarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air. Rumusan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia pula mendapati bahan yang digunakan dalam dakwat kekal itu tidak memudaratkan kesihatan.

Dalam peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi dicalitkan dijari telunjuk kiri mereka sebelum diberi kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan diberikan kepada mereka.
Gambar Hiasan

Tatacara penggunaan dakwat kekal itu bermula dengan dakwat akan dicalitkan dipermukaan atas jari telunjuik kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan kebawah. Jika tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan diatas mana-mana jari tangan kiri, jika tiada tangan kiri, dakwat akan dicalitkan pada mana-mana jari tangan kanan, bagi pengundi yang tiada tangan, dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi dibahagian yang mudah dilihat.

Sejumlah 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan, iaitu 10,000 botol untuk pengundi awal dan selebihnya pada hari pengundian biasa, setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.

Difahamkan SPR telah merancang laluan dan logistik untuk dakwat-dakwat diagihkan ke negeri-negeri dengan kawalanketat pihak polis.

Pssttt..habislah loyar burut mereka nak sabotajkan dakwat mengundi itu huhuhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular