55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah?

Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah? tak jadi kudis pun!! Pakatan Haram terutamanya pengamal parti Pas dalam suasana hiruk pikuk terlonjak-lonjak dalam blog dan juga dalam ekaun facebook mereka. Paling rancak macai-macai PR khusus macai-macai Pas mereka menjawab setiap posting didalam berbagai group FB sertakan link yang berkaitan tentang gambar yang juga tertera seorang bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Mohamad Taib masuk menyertai Pas.

Almaklumlahkan..!! Pass menjadi pitam dengan satu tamparan kes 'Spender Stopa' jadi dengan cara ini mereka dapat satu semangat baru untuk terus berjuang dengan cara mereka dan berhujjah didalam group-group Fb. Aku melihat perkara ini hanya tersenyum sendiri dengan penuh bermakna, jadi disebalik senyuman itu maka aku kongsikan perkara ini untuk semua anda yang masih belum tahu siapa bekas MB Selangor ini.
Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah?
Baiklah, disini apa motif kejadian yang terjadi kepada bekas MB ini suatu ketika dahulu aku tidak pasti. Bagi belia yang pada aku rasa berumur 35 tahun kebawah dari sekarang sewaktu perkara ini aku taip mugkin tidak pernah mendengar kesah tersebut. Seperti yang aku katakan diatas aku sendiri tidak tahu disebalik peristiwa silam, bahawa bekas MB Selangor telah ditahan oleh pihak emigresen kalau tak silap negara tersebut adalah Autralia.

Kalau setiap orang inginkan link dari kesah ini memang aku dikerat empat pun aku tidak dapat nak bagi. Zaman kejadian tersebut bekas MB Selangor ini masih menjawat jawatannya. Pada zaman itu juga tiada siaran astro, tiada siaran TV3 tiada siaran lain yang hanya ada ialah TV1 dan TV2 dalam bentuk warna hitam putih. Pada masa itu blog entah ada entah tidak dan Facebook sudah pasti belum wujud pada masa itu. Usia aku pula pada masa itu dalam mencecah belasan tahun.

Apa yang aku dengar dalam warta berita pada masa itu, mengumumkan bahawa Taib Mohamad telah ditahan oleh pihak emigresen Autralia kerana membawa wang tunai terlalu banyak. Wang tersebut diisi dalam sebuah beg James Bond. Dalam pengumuman warta berita itu juga mengatakan bernilai jutaan ringgit dalam kalau tidak silap yang aku dengar sebanyak dua juta ringgit tunai dalam bentuk mata wang kesemuanya bernilai wang seribu ringgit.

Kepada mereka yang mungkin arif dalam perkara ini mungkin boleh tampil kehadapan untuk memberi penjelasan jika sekiranya difikirkan perlu. Perkara lebih mendalam boleh dirujuk kepada kerajaan Malaysia dan siapa yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri masa kejadian ini aku juga tidak pasti. Waktu kejadia tersebut aku langsung tiada berminat didalam politik. Mari kita fikir dan desak pihak yang berwajib, wang sebanya dua juta pada masa itu, kalau dinilai pada masa sekarang mungkin sebanyak lapan juta atau  sepuloh juta.

Lihat sahaja bekas MB Selangor juga Khir Toyo apa sudah jadi? begitu juga Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tanya dan cari sebab, kenapa Tun Mahathir membekukan wang kertas bernilai lima ratus ringgit dan wang kertas bernilai seribu ringgit?

Pssttt...ini sahaja yang boleh aku sampaikan kerana selebih dan motif sebenarnya aku tak tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E