55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Gelatin Haiwan Termasuk Babi Halal Di Makan

Gelatin Haiwan Termasuk Babi Halal Di Makan
Syeikh D. Yusuf Al-Qaradhawi
Gelatin Haiwan Termasuk Babi Halal Di Makan Shah Alam- Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi memberi tahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal digunakan, termasuk didalam produk makanan setelah ianya di 'transformasikan' menjadi bahan lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna. terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

"Disana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu 'transformasi' bahan (perubahan zat), Kami berkata: apabila sesutu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya 'babi' tetapi ia diambil dan di trasformasikan menjadi sesuatu yang alin - contohnya menjadi sabun.

"Para fiqaha' berkata, contohnya sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya. apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ianya telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika se ekor anjing masuk ke dalam takung garam dam mati dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hingga apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan dan dimakan.


"Hukum ditetapkan bergantung kepada 'illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka 'illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah di trasformasikan dan saya mendengar daripada saudara kami Dr Muhammad Hirawi, dan beliau adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan beliau mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini - beliau berkata: kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) Bukan KY Jely ye!! yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian  kimia yang baru meyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)," ujar Yusuf Al-Qaradawi dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury - coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu denganbadam, dikesan mengandungi DNA babi atau 'porcine'.

Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.

Setela isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kenmajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat oleh KKM.

Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahakn dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi dan sekali gus halal untuk dimakan.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu bukannya produk yang selamat (dari kilang) seperti mana dianalisa oleh Jakim - Info Antarapos 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E