55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

MH370 Kapten Zaharie Suspek Utama

Kapten Zaharie Suspek Utama - Shah Alam: Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini kembali dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu. Menurut laporan berita The Sunday Times, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.

MH370 Kapten Zaharie Suspek Utama

Laporan itu turut menyatakan bahawa Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain.

Sehingga hari ini punca kehilangan pesawat tersebut  masih belum ditentukan. The Sunday Times melaporkan bahawa polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kapten Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gadjet dan selalu membuat posting didalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja dimasa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Farq Hamid anak kapal pesawat itu, lapor The sunday Times.

Kapten Zaharie menjadi fokas pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui dirumahnya yang mengandungi "rehearsal" pesawat sejauh lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.

Fail simulator tersebut didapati telah dipadam, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.

Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu dirumah. Zaharie hidup selesa dipinggir bandar Kuala Lumpur dan tinggal bersama tiga orang anak serta seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumahtangganya mulai retak.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie. Saudara-mara dan rakan-rakan juruterbang itu menegaskan mempertahankan beliau daripada sebarang spekulasi dan khabar angin.

Sementara itu, anak perempuan Zaharie, Aishah, mengutuk spekulasi mengenai bapanya dan menyifatkannya sebagai 'pembohongan'. Abang iparnya, Asuad Khan berkata dakwaan yang dilemparkan terhadap Zaharie mengenai kehidupan peribadi dan aktiviti-aktiviti profesional adalah tidak benar.

Asuad juga, menafikan bahawa kapten itu boleh menjalankan misi membunuh diri dan mendakwa pihak berkuasa mungkin menggunakan Zaharie sebagai kambing hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E