UMNO Ambil Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR – Satu tindakan tegas harus diambil demi menjaga maruah parti keramat UMNO. Ia susulan penahanan seorang ketua bahagian yang ditahan polis dan didapati positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, pada Isnin.

 AJK UMNO Bahagian Rembau, Mejar (B) Razali Zakaria menggesa parti itu memecat seorang ketua bahagiannya yang ditahan kerana terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah. 

“Sebagai ahli Umno yang prihatin kami mendesak UMNO Malaysia menyiasat dengan terperinci serta mengambil tindakan tegas memecat ketua bahagian Umno terbabit.

 “UMNO juga perlu memecat sebarang jawatan yang disandang ketua bahagian terbabit dalam kerajaan atau mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

 Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Jamalullail pula berkata, penahanan ketua bahagian yang didapati positif dadah itu juga telah mencalarkan imej UMNO dan seterusnya akan menjejaskan persiapan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

“Bagaimana UMNO nak tonjolkan kepada masyarakat bahawa UMNO ini parti yang boleh dijadikan contoh kalau mengambil syabu pemimpinnya, mengambil dadah? “Itu sebab saya hadir ke sini sebagai pemimpin akar umbi menegaskan dan berharap UMNO ambil tindakan terhadap pemimpin ini,”katanya.

 Razali dan Syed Rosli ditemui selepas menyerahkan memorandum di Bangunan Menara Dato’ Onn di PWTC bagi menggesa tindakan diambil terhadap ketua bahagian berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular