55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Saksikanlah kekejaman Israel mencemari bulan Ramadhan ini

Salam kepada seluruh warga Islam di negara Malaysia ini, diucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa. Kita kena lebihkan bersyukur kepada Allah kerana diberikannya negara kita aman dan sentosa.

Kita dapat menjalan segala tugasan serta urusan harian kita dengan selesa dan kita dapat berpuasa dalam keadaan yang aman tanpa tertekan dari mana-mana pihak.

BAITULMUQQADDIS, 20 Ogos 2011 - Tentera Israel berterusan mencemar bulan Ramadhan dengan membedil Gaza yang menyaksikan pihak penentang membalas serangan roket kearah Israel.

Serangan roket penentang telah merosakkan bandar pelabuhan Ashdod yang mencederakan enam orang awam, sebagai membalas perbuatan rejim Israel membedil penempatan gaza.


Jet pejuang rejim Israel membedil kem pelarian penduduk Palestin di Nusseirat dan membenuh salah seorang ahli Popular Resistance Committees, kononnya dianggap sebagai pengganas yang dikehendaki oleh rejim tersebut.


Serangan udara itu juga telah membunuh seorang budak dan mencederakan lima orang awam yang tidak berdosa, menurut pakar perubatan Palestin. Dalam kejadian berasingan, tiga orang tercedera apabila jet pejuang rejim membedil kawasan pemerintahan Hamas


Berita seterus klik disini - www.klpos.com/news/2011/08/20/1.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E