55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia digesa mempertahankan hak asasi Saiful

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Suruhan Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) digesa memainkan peranan dengan mempertahankan hak asasi Mohd Saiful Bukhairi Azlan untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ahli Majlis Terttinggi UMNO Dr Mohd Puad Zakarshi berkata tuntutan itu turut melibatkan Hak Mohd Saiful untuk tidak menjadi mangsa permainan politik DAP sama ada yang mengaitkan peribadinya atau kes tersebut yang sedang dibicarakan di mahkamah. Justeru tegasnya Suhakam perlu bertindak atas rayuan yang di buat bapa Mohd Saiful.


"Suhakam perlu hentikan campur tangan dan 'pencerobohan' DAP dalam perbicaraan kes ini", katanya dalam satu kenyataan disini.


Beliau mengulas tindakan bapa Mohd Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini membuat permohonan kepada Suhakam supaya meneliti perkara-perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes liwat itu ditangguh. Azlan percaya anaknya perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh yang munasabah.


Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran seterusnya turut menyokong gesaan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebelum ini agar Suhakam tidak bersikap berat sebelah berhubung kes perbicaraan kes itu yang setakat ini difahamkan telah lebih 50 kali ditangguhkan.


Beliau tidak menolak kemungkinan dalam Suhakam sendiri mungkin ramai "peminat" Anwar dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempengaruhi pendirian Suhakam dalam kes itu. 


"Penglibatan Karpal selaku peguam bela dalam kes itu turut menyulitkan perbicaraan selain DAP seolah-olah mempunyai agenda untuk menangguhkan kes itu sehingga pilihanraya umum akan datang", katanya.

Kepada yang ingin buat duit secara online klik disini - http://adf.ly/2JOHH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E