Bengapnya Fikiran Otak Pemimpin Pakatan Harapan


Saya ingin memetik laporan media pada 26 Julai tahun yang lalu bahawa PAKATAN HARAPAN sedia menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat skandal di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri seperti yang didesak “Otai Reformasi”.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai Perdana Menteri jika PAKATAN HARAPAN berjaya menjulang Putrajaya, saya dan Rakyat Marhaen yang lain tertanya-tanya bagaimanakah sebuah Kerajaan yang dipimpin seorang Perdana Menteri akan diheret oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinetnya sendiri ke Suruhanjaya yang berkaitan, dan bagaimana pula seorang Perdana Menteri yang berkuasa ketika itu, lebih-lebih lagi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mudah merelakan dirinya dibicarakan di hadapan sebuah Jawatankuasa Suruhanjaya yang akan ditubuhkan olehnya sendiri kerana beliau sendiri mahu dirinya disiasat?.

Bukankah ini Pelik dan Gila? Setahu saya, sebuah Suruhanjaya Bebas malah Suruhanjaya Di-Raja memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri selaku Perdana Menteri untuk mengadap serta memohon perkenan dari Yang Di Pertuan Agong. Dari rekod pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun, saya tertanya-tanya kenapakah DS Wan Azizah dilihat begitu mudah untuk mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa Tun akan pasti menyokong saranan yang telah dibuat beliau kepada “Otai Reformasi” apabila berkuasa nanti, malah lebih lucu, pelik dan ajaib juga apabila ada dari kalangan “Otai Reformasi” yang mempercayai cadangan calon Timbalan Perdana Menteri itu dengan menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri di Konvensyen PAKATAN HARAPAN baru-baru ini.

Apa yang pasti, pemimpin PAKATAN HARAPAN telah menzahirkan satu sikap ‘bias’ atau berat sebelah dalam soal keadilan apabila mengambil sikap untuk menangguhkan desakan agar skandal-skandal yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat diadili dengan segera walaupun mereka tahu Kerajaan yang adil dan saksama kepada Rakyatnya memerlukan mereka untuk tidak sesekali memilih bulu apabila melibatkan salahlaku terhadap kepentingan Rakyat, walaupun melibatkan rakan politik, ahli keluarga dan sanak saudara.

 Lihatlah sendiri sikap bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap besannya sendiri kerana tuduhan Rasuah, jauh sekali untuk menangguhkan proses keadilan terhadap saudaranya itu walaupun beliau adalah pemimpin paling berkuasa di Negara itu. - Huzir Sulaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...