Title nya sikit bawah dari perogol bersiri


Johor Baharu – Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menyifatkan Rafizi Ramli sebagai ‘penghasut bersiri’ kerana sanggup melakukan apa sahaja bagi menimbulkan keraguan orang ramai berhubung pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau yang ditemui pemberita di sini mendakwa menghasut adalah tabiat Rafizi bagi membolehkannya mendapat publisiti dan kepercayaan orang ramai.

“Dia ini penghasut bersiri. Saya faham dia hendak menimbulkan keraguan, itu sebab dia dakwa transaksi berkenaan (pemindahan hak milik tanah) berlaku pada masa saya.”
“Jika diikutkan, memang betul transaksi itu ada pada masa saya tetapi itu hanya melibatkan pendaftaran (pindah hak milik) yang merupakan peringkat terakhir dalam proses pindah milik. Permulaan proses pindah milik dilakukan pada November 2016 menerusi perjanjian jual beli tanah dan perjanjian itu tidak diketahui oleh kami (Felda).”
“Oleh itu, tidak boleh kata apabila berlaku pendaftaran (pindah milik tanah) pada Mac 2017 ia bermakna saya sudah tahu (kepincangan) dan terlibat. Rafizi patut faham soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terbaru, Anggota Parlimen Pandan itu yang menyebut Shahrir mengetahui akan transaksi pemindahan hak milik tanah Felda tetapi memilih untuk mendiamkan diri.
Shahrir ditemui pada Majlis Pelancaran Jauhar Prihatin dan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan, Jambatan dan Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor Kampung Bakar Batu di Perumahan Kampung Hajah Hasnah di sini, hari ini.
Beliau menegaskan perjanjian jual beli tanah di Jalan Semarak itu hanya diketahui Felda pada akhir Januari tahun lepas sebelum ia bertindak memohon kaveat daripada Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan untuk menghalang transaksi pemindahan hak milik tanah.

“Tetapi ia tidak dibenarkan kerana menurut pejabat tanah, kami tidak ada lagi hak ke atas tanah itu untuk membolehkan Felda meletakkan kaveat. Sehinggalah pada April (tahun sama) dengan campur tangan Pengerusi Exco Tanah (Majlis Mesyuarat Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), baru kami dapat letakkan kaveat persendirian,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan terkini bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menyifatkan dirinya tidak ada kena-mengena dengan kontroversi pemindahan hak milik tanah itu, Shahrir berkata: “Soal dia terlibat atau tidak, terpulang pada dia.

“Tetapi hakikatnya, segala penemuan daripada siasatan forensik yang dilakukan akan dikaji untuk menentukan tindakan selanjutnya, sama ada mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan dalaman ataupun tindakan undang-undang,” katanya.
Shahrir memberitahu siasatan forensik yang dijalankan syarikat audit dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri itu menamakan beberapa individu dalam siasatannya termasuk Ahli Lembaga Felda dan beberapa pegawainya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...