Hari Valentine Membawa Padah



Sambutan Hari Valentine bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas rambutnya tersangkut pada tayar belakang kereta go-kart hingga tercabut kulit kepalanya di Yadavindra Gardens, Pinjore, semalam. 
Wanita terbabit, Puneet Kaur, 28, yang dikejarkan ke hospital oleh suaminya, Amardeep Singh, 30, disahkan meninggal dunia selepas itu. 

Mangsa pada mulanya dikatakan sudah mengikat rambutnya ketika memandu sebelum memakai topi keledar namun getah rambutnya tiba-tiba tertanggal sebelum ditimpa kejadian berkenaan. “Saya menaiki go-kart bersama isteri tetapi tiba-tiba getah rambutnya tertanggal sebelum mendengarnya menjerit dengan kuat. “Go-kart dihentikan serta merta dan saya lihat kulit kepalanya tercabut,” kata Amardeep. 

Kejadian ngeri itu turut disaksikan anak mereka berusia satu tahun termasuk ibu bapa Amardeep. Wanita itu dikejarkan ke hospital kerajaan di Panchkula dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang. Sementara itu, polis Pinjore, Inspektor Sukhbir Singh berkata pihaknya sudah mengarahkan pengurusan menghentikan sementara operasi go-kart terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...